Photobucket

HIKMAH

>kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adap dan ketinggian ilmu seseorang bukan terletak pada wajah dan pakaiannya (HAMKA)

Friday, February 25, 2011

PERSEPSI HIDUP

Dulu....
Aku tidak pernah bertanya
Mengapa hidup ibarat roda?
Terkandung bahagia,terkandung derita...

Dulu....
Aku jugak tidak pernah bertanya
Mengapa ibu bersedih?
Mengapa ayah gembira?

Dulu....
Aku tidak pernah kenal erti susah
Bagiku semuanya mudah..
Itu kata ku,itu juga yang tiba

Namun kini,
Semua telah ku fahami...
Tak kan bermakna bahgia tanpa derita
Kerana hadirnya bahgia selepas derita...

Telah ku ketahui jua...
Bersedihnya ibu kerana gembira
Anaknya berkorban demi agama
Anaknya berkorban untuk kejayaan
Gembiranya ayah tidak terkata
Anaknya menjadi insan berguna

Telah ku fahami akhirnya....
Mengapa susah dan senang itu ada..
Itulah ujian bagi yang tabah
Agar tidak alpa leka
Dalam mengharungi sebuah kehidupan seketika....

No comments:

Post a Comment